











| • | Kadar yang ditawarkan amat berpatutan iaitu berdasarkan jumlah keping tape, bukan panjang rakaman setiap tape. Oleh itu, tiada caj tambahan dikenakan walaupun rakaman tape lebih dari 1 jam. |
| • | Kualiti video convert dijamin sangat berkualiti hasil penggunaan peralatan profesional serta hardware encoder. Kualiti kami jauh berbeza berbanding penggunaan kad video capture tahap konsumer dan software encoder. |
| • | Jaminan 7 hari selepas proses video convert siap. Tukaran "1 dengan 1" ditawarkan jika terdapat masalah dengan VCD/DVD dalam tempoh jaminan. |
| • | Pelbagai cara berurusan samada melalui PosLaju, khidmat despatch atau datang sendiri ke premis. Lagi... |
| • | Pelbagai pilihan pembayaran samada melalui ATM, Maybank2u, Interbank GIRO, PayPal dan kad kredit/debit (transaksi online). Dan sudah tentu kami menerima bayaran tunai (bagi yang berurusan terus ke premis). Lagi... |



| • | Tahukah anda, tape rakaman mempunyai jangkahayat optimum 8 hingga 12 tahun sahaja? Malah, tak kurang juga tape yang masih elok, musnah akibat penggunaan peralatan yang rosak. |
| • | Pakar-pakar di bidang ini menasihatkan rakaman tersebut dipindah ke format digital selewat-lewatnya dalam tempoh 5 tahun! Langkah ini bertujuan memastikan rakaman anda disimpan dalam keadaan yang tidak mudah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. |
| • | Walaupun jangkahayat fizikal VCD/DVD itu sendiri tidak kekal selamanya, tapi dengan format digital, ia boleh disalin lagi atau disimpan secara digital dengan mudah ke pelbagai media termasuk di dalam komputer anda. |
| • | Kualiti salinan digital pula 100% sama seperti asal, walau berapa kali ia disalin semula. Salinan digital juga tidak memerlukan kos yang tinggi. |
| • | Tambahan pula VCD/DVD boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Oleh itu, rakaman tersebut boleh dikongsi bersama, atau diberikan sebagai cenderahati kepada saudara-mara dan sahabat handai. |
| • | Masih ragu-ragu? Bertindak segera, jangan biarkan memori indah anda luput ditelan zaman! Convert tape anda ke VCD atau DVD sekarang! |















| • | Hampir semua format tape konsumer yang popular diterima untuk proses video convert. Ini termasuk format VHS, VHS-C, S-VHS-C, Video8, Hi8, Digital8 (PAL atau NTSC) dan MiniDV (PAL sahaja). |
| • | Kami juga menerima pelbagai media digital lain seperti CD, DVD, USB thumbdrive, hard disk drive (HDD) serta kad memori seperti MMC, SD, microSD, dsb. |
| • | Di samping itu, rakaman video di handphone, videocam HDD/DVD/kad memori dan YouTube di internet boleh juga dijadikan sumber untuk proses video convert. |
| • | Manakala, selain proses video convert ke VCD/DVD dari format/media di atas, pindahan juga boleh dibuat ke format YouTube, QuickTime, RealMedia, iPod, dsb. |




