vcdconvert.com - VCD Convert, DVD Convert, Video Convert - Tape ke VCD/DVD dari RM25/tape
Video convert dari tape ke VCD atau DVD serendah RM25 sekeping tape
 
diurus oleh
Soalan lazim & Tips
Berapakah lamanya masa yang diambil untuk proses video convert?
Jawapan: Untuk pesanan biasa (2-3 tape/media) kami akan siapkan dalam masa 24 jam. Bergantung dengan cara urusan, pesanan boleh siap secepatnya pada keesokan harinya.

Apa bezanya perkhidmatan video convert di sini berbanding yang ditawarkan oleh syarikat/individu lain?
Jawapan:
Proses video convert yang digunakan di sini menggunakan peralatan profesional. Tidak dinafikan proses yang sama boleh juga dibuat oleh individu hanya menggunakan software dan capture card gred konsumer. Walaubagaimanapun, kualiti video convert menggunakan cara ini tidak menghasilkan kualiti yang baik.

Apa bezanya VCD dan DVD selain harganya?
Jawapan:
Perbezaan yang paling ketara di antara dua format ini ialah saiz video frame. Untuk format PAL, saiz VCD ialah 352x288 manakala DVD ialah 720x576. Jika dilihat kepada perbezaan saiz ini, DVD adalah 2 kali ganda besar dari VCD. Ini bermakna DVD adalah 2 kali ganda lebih jelas dari VCD. Tambahan pula saiz frame yang digunakan di TV (Standard Video) ialah saiz yang sama dengan DVD iaitu 720x576. Sekiranya saiz input lebih kecil, setiap pixel akan dibesarkan dengan ratio yang sesuai untuk tontonan di TV. Contohnya, saiz horizontal VCD 352 akan dibesarkan lebihkurang 2 kali ganda kepada 720 di TV dan ini menyumbangkan kepada masalah artefact, iaitu gambar seakan pecah-pecah. Kesimpulannya, dengan format DVD gambar video dijamin sama seperti asal, manakala dengan format VCD gambar video akan sedikit kabur (blur).

Kenapa DVD yang saya buat tidak dapat dimainkan di dalam DVD player saya?
Jawapan: Semua proses video convert menggunakan recordable media seperti CD-R, DVD-R dan DVD+R. Walaupun kebanyakan model VCD dan DVD player di pasaran tidak mempunyai masalah memainkan media-media ini, terdapat juga model-model lama yang tidak dapat berfungsi dengan baik (video dimainkan tersangkut-sangkut) atau tidak berfungsi langsung apabila dimuatkan dengan recordable media seperti CD-R atau DVD-R. Tiada jaminan semua player boleh memainkan recordable media. Sekiranya pemain anda ada masalah memainkan media-media ini, kami cadangkan anda beli pemain VCD atau DVD yang baru atau tonton VCD/DVD di PC.

Tapi saya tidak pula mempunyai masalah menonton DVD yang saya beli di pasar malam?
Jawapan: DVD atau VCD yang anda beli itu bukan dicetak sekeping hanya untuk anda sahaja, ianya dicetak di kilang dengan kuantiti yang banyak. Dengan volume yang besar, sesuatu produk VCD atau DVD itu dicetak menggunakan proses replication, bukan menggunakan recordable media. Setiap pemain VCD dan DVD memang dicipta untuk memainkan media-media jenis ini tetapi tidak semua (terutamanya model lama) boleh memainkan recordable media.

Saya dah buat video convert dari VHS ke DVD. Setahu saya DVD adalah format digital dan kualitinya sangat cantik, tetapi kenapa DVD yang saya buat kualiti gambarnya kurang memuaskan?
Jawapan: Format digital membolehkan ianya disalin semula tanpa pengurangan kualiti. DVD juga dijamin menghasilkan kualiti video yang sama dengan yang asal. Tetapi jika sumber asal video itu sendiri tidak memuaskan, semua ini akan dipindahkan ke format digital tersebut.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan yang tidak terjawab di laman ini, sila hubungi kami atau hantar borang maklumbalas di sini.
Copyright 2015 VCDconvert.com - DVPro Video & Media Services (001426952-T)    Hakcipta Terpelihara
21 Jalan BRP 1/3, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
Tel: 016-655 6503    E-Mail: dvpro@vcdconvert.com
Laman Utama | Harga Video Convert | Cara Urusan & Bayaran | Borang PO | Soalan Lazim & Tips | Hubungi Kami
Convert video anda sekarang sebelum terlambat
Longgokan tape